Sarawak Report dakwa Agong nasihat Mahiaddin 3 kali agar letak jawatan

Oleh NASUHA RAHMAN

Sarawak Report mendakwa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah memberi nasihat sekurang-kurangnya tiga kali kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin agar meletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Sarawak Report melalui sumber yang boleh dipercayai mengatakan YDPA mempunyai bukti yang jelas berdasarkan akuan daripada Ahli Parlimen Umno yang tidak lagi menyokong Mahiaddin.

“Namun, di sebalik bukti itu Mahiaddin menolak dan mendakwa jumlahnya tetap memihak kepadanya masih mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Dia meminta Raja untuk mengizinkannya membuktikan keabsahahnya di Parlimen, bukannya mengundurkan diri kerana Raja telah menasihatinya untuk melakukannya tiga kali,”lapor Sarawak Report.

Justeru, jelas Sarawak Report YDPA setuju dan menerima alasan Mahiaddin dan mengingatkan itu merupakan kaedah yang boleh menguji majoriti ketika perdana menteri sendiri enggan mengundurkan diri secara terhormat.

“Secara semula jadi, menurut sumber SR, Raja menganggap suara itu akan segera dilakukan di Parlimen bagaimanapun sesi sidang telah ditangguhkan secara tidak sengaja minggu lalu.

“Mahiaddin mentafsirkan titah Raja bahawa keputusan telah dicapai bersama bagi menangguhkan sidang Parlimen sehingga September.

“Tujuan yang jelas adalah untuk meluangkan waktu untuk menyuap, membuli dan menyalahgunakan pejabatnya dalam percubaannya untuk mendapatkan ‘jumlah’ yang cukup banyak untuk beliau kekal sebagai perdana menteri,” katanya lagi.

Terdahulu, Umno telah mengutus warkah kepada YDPA bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

Umno mencabar Kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada bulan September.