Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sarawak sekat pelawat dengan sejarah perjalanan terkini ke China

Sarawak sekat pelawat dengan sejarah perjalanan terkini ke China

Oleh BERNAMAFebruary 2, 2020 7:15 am




Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lepas akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan langkah itu tidak termasuk mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang.

“Tetapi mereka perlu menjalani kuarantin sendiri yang wajib di rumah selama 14 hari,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut jawatankuasa itu, rakyat Sarawak yang pulang dari China dalam tempoh 14 hari lepas juga perlu menjalani kuarantin sendiri yang sama.

“Rakyat China yang sudah berada di Sarawak, dinasihatkan supaya melaporkan kepada konsulat China mengenai tempat tinggal mereka di Sarawak,” menurut jawatankuasa itu sambil menambah bahawa langkah-langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak untuk mengurangkan penyebaran novel koronavirus 2019 di negeri ini.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production