Malaysia Dateline

Sarawak tidak setuju penerbangan dibatalkan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) tidak bersetuju syarikat penerbangan MAS, Air Asia dan MALINDO membatalkan penerbangan ke Sarawak bermula 15 hingga 30 April ini.

Menurut kenyataan media JPBN, keputusan itu diambil semasa mesyuarat harian jawatankuasa berkenaan.

“Kita telah dimaklumkan oleh ketiga-tiga syarikat penerbangan berkenaan mengenai perkara itu (pembatalan) dan jawatankuasa tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Jawatankuasa ingin memberitahu bahawa penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya adalah perlu untuk memenuhi keperluan perjalanan yang penting.

“Sehubungan itu, JPBN Sarawak telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan Sarawak untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai isu tersebut,” jelas kenyataan itu di Kuching hari ini.