Malaysia Dateline

Saringan besar-besaran diadakan di Sibu Jaya esok

Satu saringan covid-19 akan diadakan secara besaran-besaran di Sibu Jaya di Bahagian Sibu esok berikutan peningkatan kes mendadak di kawasan terbabit.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing, saringan yang akan dilaksanakan itu bertujuan bagi membolehkan pengasingan awal serta mampu mengawal penyebaran di kalangan penduduk setempat.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan saringan secara besar-besaran esok (31 Januari 2021) di Sibu Jaya di Bahagian Sibu.

“Justeru, kepada orang ramai yang tinggal di sana dapat hadir dengan sukarela bagi melakukan ujian saringan nanti,” tegasnya.

Dianggarkan seramai 30,000 populasi penduduk tinggal di kawasan Sibu Jaya dengan mendiami lebih 7,000 unit rumah serta bangunan komersial.