Saripuddin bertukar ke Kementerian Wilayah

Saripuddin bertukar ke Kementerian Wilayah

Bekas Ketua Setiuasaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Saripuddin Kasim memulakan tugasnya sebagai Ketua Setiusaha di Kementerian Wilayah Persekutuan, hari ini.

Ini susulan rombakan jawatan KSU yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Ismail Bakar semalam.

Sebanyak 12 ketua setiausaha kementerian terlibat dalam pertukaran berkenaan iaitu tujuh membabitkan pertukaran kementerian manakala lima lagi membabitkan kenaikan pangkat sebagai KSU baharu.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini menyambut kehadiran Saripuddin di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang Berbahafgia Datuk Seri Haji Saripuddin Hj Kasisim, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, ” ujar Khalid dalam kenyataan di twitter sebentar tadi.