Sasaran 100,000 unit rumah untuk rakyat Johor

Sasaran 100,000 unit rumah untuk rakyat Johor

Exco Perumahan dan Luar Bandar Johor, Dzulkefly Ahmad hari ini berkata sasaran kerajaan negeri untuk membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) suatu yang realistik.

Beliau yang berucap di Seminar Hartanah Negeri Johor menjelaskan RMMJ hari ini di dalam landasan yang bertepatan setelah 10 janji manifesto Pakatan Harapan (PH) Johor selesai dilaksanakan.

Katanya lagi, perjalanan untuk menyediakan RMMJ itu telah berlangsung di fasa awal dengan menyakinkan pihak pemaju hartanah di negeri ini untuk membina sebanyak mungkin unit RMMJ.

“Sebelum ini kerajaan negeri telah mengeluarkan kenyataan dengan menyasarkan sebanyak 100,000 unit rumah dalam masa lima tahun. Perkara itu saya yakin akan terlaksana.

“Pada peringkat yang terkini, kerajaan sedang mengemas kini data di mana terdapat sebelum ini pihak yang tidak layak memilik RMMJ diberikan peluang untuk memilikinya.

“Hal itu telah membunuh peluang kepada mereka yang benar-benar berkelayakan serta berkeinginan untuk memiliki rumah. Antara faktor yang mempegaruhi ketidak layakkan pemilikan RMMJ adalah disebabkan Kouta Menegak Kerajaan (KMK) yang telah pun dihapuskan,” katanya.

Menurut beliau, cadangan pihak kerajaan hari ini adalah untuk meningkatkan kuota RMMJ kepada 40 peratus pada setiap projek perumahan di Johor.

Menurutnya lagi, kerja sama serta perbincangan di antara kerajaan negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memfokus sasaran tersebut telah dijalankan.

“Kerajaan telah menasihatkan serta pemaju untuk membina RMMJ bagi mencapai matlamat yang dikhendaki oleh kerajaan.

“Selain itu pembabitan GLC seperti Koperasi Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan anak syarikat kerajaan negeri yang lain turut akan dikesampingkan,” katanya sewaktu dalam ucapan perasmian seminar tersebut.

Beliau turut menerangkan pemilikan RMMJ akan dipilih dengan cara undian bagi mengelak sebarang tindakan pilih bulu yang berlaku sebelum ini.