‘Satgi tutup TV balik na’, pengawal keselamatan selamba tinggal pesan buat pontianak

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman misteri yang memaparkan kelibat pontianak dipercayai ‘melawat’ sebuah klinik tular di media sosial baru-baru ini.

Yang menarik perhatian bukanlah keseraman video tersebut, tetapi keberanian yang ditonjolkan oleh pengawal yang bertugas.

Setelah melihat kelibat pontianak yang menonton televisyen (TV), pengawal tersebut tidak hanya berdiam diri dan berlalu meninggalkan kawasan itu.

Malahan dia berkomunikasi bahkan sempat meninggalkan pesan pada entiti yang dipercayai sedang duduk sendirian di kerusi.

Menerusi rakaman yang tular di aplikasi TikTok, kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah klinik kerajaan di utara Malaysia, Perlis.

“Pesakit pertama. Lama sangat tunggu klinik dirasmikan bulan tiga, dia tengok TV dululah. Hebat guard ni kalau aku ketar kaki dah,” tulis kapsyen video itu.

@rechaaroi

Pesakit pertama…lama sngat tunggu Klinik dirasmikan bulan 3 dia tngok tv dulu lah.. hebat guard ni kalau aku ketaq kaki dah. credit to :group taman #klinikkesihatanpauh #ceritaseram #fyp #perlis

♬ original sound – sha aten – sha aten

Sambil menyuluhkan lampu pada kerusi tempat pontianak itu ‘khusyuk’ menonton TV, pengawal keselamatan tersebut mula ‘berborak’ dengan kelibat berbaju putih itu.

“Satgi tutup TV balik nah, Assalamualaikum. Cuba kalih nak tengok sikit. Ohh, tengok TV. Takpa, satgi tutup balik. Pandai dia, mai sorang ke tu?.” Soal pengawal tersebut.

Tular apabila dimuat turun di pelbagai platform media sosial, diharapkan penonton tidak terlalu taksub dengan video berkenaan.

Hal ini kerana makhluk halus yang mendiami alam ini hanya mempunyai satu tujuan, iaitu untuk menyesatkan manusia di muka bumi.

Baca juga: Suami tak sedar terkahwin adik kandung sendiri, 6 tahun bersama siap ada dua anak