Malaysia Dateline

Satu kapal tapi macam tiada nakhoda

Depa ni dalam satu kapal, tapi macam tak ada nakhoda.

Bila Timbalan Menteri Gomen Tebuk Atap 2.0 dari parti ehem ni habaq ada beberapa RUU yang berkaitan dengan syariah depa nak pinda manakala Menteri Undang-undang dari gomen yang sama pula kata kena engage dengan kerajaan negeri terlebih dahulu, saya tidak pasti apa mesej yang depa cuba nak bawa.

Rule number one, a mixed message is a prima facie symbol of failure! Period.

When it comes to govt, it is even worse. It is a catasthropic disaster!

Apapun, kita harap dengan pelantikan Senator Menteri Agama yang baru yang begitu bersemangat dengan “KPI -10 hari” dia itu, paling kurang pada sidang Parlimen kali ini depa akan wajib bentang pindaan RUU 355 seperti yang depa laungkan di Perhimpunan Jersi Ungu di Padang Merbok satu masa dulu.

Menteri Agama ini, kita percaya, akan sanggup, walau apa berlaku, mempertahankan PRINSIP PERJUANGAN SUCI parti depa .

Saya tidak rasa YB Ostad ini tergolong dalam senarai agamawan yang “Al-fulus fid-dunya wal-mampus fil -akhirah”.

Dia juga, kami percaya, bersedia untuk mempertahankan hasrat bagi meneruskan pembentangan pindaan RUU 355 itu bagi membuktikan kejantanan beliau dan kejantanan parti beliau.

Dan dia juga, kami yakin, sanggup membuktikan bahawa dakwaan “politicians like to talk” seperti kata Menteri Undang-Undang Gomen Tebuk Atap 2.0 itu tidak terpakai kepada mana-mana menteri atau timbalan menteri dari parti ehem.

Jika perkara di atas tidak berlaku, ceroilah seperti kata salah seorang ostad parti ehem.

والله اعلم