Satu kilang huru hara, ratusan pekerja dirasuk gara-gara staff basuh cincai tuala wanita kotor

Oleh KIM SYAZIE

Kakitangan sebuah kilang fabrik berdepan dengan detik cemas apabila ratusan rakan sekerja mereka diserang histeria secara tiba-tiba.

Kejadian itu bermula pada pukul 11 pagi ketika seorang pekerja perempuan yang belum bersarapan tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Tidak lama selepas itu, perempuan tersebut bangun dari pengsan dan mula meracau serta bertindak seperti orang yang mengalami kerasukan.

Keadaan yang tenang kemudian bertukar kacau-bilau apabila gangguan yang dialami wanita itu merebak kepada pekerja lain.

Jeritan dan tangisan mula memenuhi ruangan bangunan itu apabila satu persatu pekerja kilang mula dirasuk dengan serentak.

Ramai berlari-lari panik melihat kawan mereka histeria. Ada yang terus menari, ada yang bertutur dalam Bahasa Sunda dan berkata, “mahu kepala…mahu kepala”

Kejadian mengerikan yang berlaku di Majalengka, wilayah Jawa Barat, Indonesia itu sempat dirakam dan ditularkan di platform media sosial.

Menerusi rakaman yang beredar, ada seorang wanita dilihat duduk di kerusi roda sambil menangis dan mengurai rambut panjangnya.

“Haaayang huluuuu…haaayang huluuuu (nak kepala, nak kepala),” kata wanita yang dirasuk sambil menangis itu.

Kekecohan yang berlaku akhirnya reda selepas 4 jam. Mengejutkan, punca gangguan tersebut dikatakan kerana seorang pekerja membuang tuala wanita yang tidak dicuci bersih.

Baca juga: “Aku jaga aib bekas suami, lepas tuntut fasakh maka terbongkar segalanya, terkejut mak mentua bila tahu…”