Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Satu lagi kes positif COVID-19, jumlah terkini 22

Satu lagi kes positif COVID-19, jumlah terkini 22

Oleh BERNAMAFebruary 16, 2020 7:15 am




Satu lagi kes positif virus COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkini jangkitan di negara ini kepada 22 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang telah berlabuh di Kemboja pada 13 Feb lepas.

Beliau berkata semua penumpang dan anak kapal telah dibenarkan pulang ke negara masing-masing oleh kerajaan Kemboja setelah memaklumkan bahawa saringan kesihatan telah dijalankan ke atas mereka.

“Seramai 145 penumpang kapal persiaran tersebut telah mengambil penerbangan ke Malaysia pada 14 Februari dan daripada jumlah tersebut, beliau (kes ke-22) dan suaminya telah dikesan bergejala sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) dan disahkan positif. Pesakit dirawat di wad isolasi hospital berkenaan dan dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dr Noor Hisham berkata, ujian pengesanan COVID-19 turut dilakukan terhadap suaminya, berusia 85 tahun, seorang warga Amerika Syarikat, namun negatif dan kini masih menerima rawatan serta pemantauan di Hospital Sungai Buloh bagi gejala yang dialaminya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production