Malaysia Dateline

Satu lagi kluster baharu direkodkan di Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan satu lagi kluster baharu wujud di negeri ini.

Menerusi kenyatan JPBN, kluster baharu itu ialah Kluster Keranji Tabuan yang melibatkan di Daerah Kuching.

“Indeks kes kepada kluster ini ialah kes 1,158 yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala pada 5 Januari 2021.

“Sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 6 kes dikesan positif yang melibatkan lima kes baharu, enam individu negati; dan 42 individu yang masih menunggu keputusan.

“Semalam terdapat tiga kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Keranji Tabuan, Kuching, Kluster Bah Sayap, Miri, Kluster Stutong, Kuching dan Kluster Mador, Meradong,” jelas kenyataan itu.

Malah, JPBN turut memaklumkan bahawa terdapat dua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam dari Hospital Umum Sarawak (1) dan Hospital Miri (1) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,085 atau 91.95% daripada jumlah keseluruhan kes di Sarawak.