Satu lawan satu di PRK Balakong

Satu lawan satu di PRK Balakong

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong, yang pertama kali menggunakan simbol sendiri.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Balakong Datuk Rosli Othman di pusat penamaaan calon di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini.

Chee Teong menyerahkan kertas pencalonannya pada pukul 9.06 pagi manakala Siew Ki yang juga Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang pada pukul 9.13 pagi.

PRK Balakong bakal menyaksikan buat pertama kalinya logo PH digunakan.

PRK Balakong akan diadakan pada 8 September ini berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Grand Saga, Cheras pada 20 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Tien Chee yang mewakili DAP menewaskan dua pesaingnya iaitu calon Barisan Nasional (BN) Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS