‘Satu lawan satu’ pada PRU14 syor Amanah

Satu lawan satu  adalah pendekatan terbaik untuk memungkinan Umno-BN dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. 
 
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd. Samad berkata penubuhan Amanah bersama mengasaskan Pakatan Harapan, adalah gabungan parti politik pembangkang yang komited kepada usaha menjatuhkan Umno-BN.
 
“Amanah berkeyakinan semua parti yang ingin melihat berakhirnya era Umno-BN akan bersama dalam Pakatan Harapan atau paling kurang ada perjanjian kerjasama untuk menjamin satu lawan satu.
 
“Mana-mana parti yang tidak bersedia untuk mengusahakan kesepakatan ini hanya akan membantu Umno-BN,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
 
Ahli Parlimen Shah Alam ini juga, mengesyorkan supaya semua pihak (DAP,PKR,PAS,Amanah) menyokong penuh usaha satu lawan satu dalam PRU ke 14 nanti.
 
“Semoga perundingan dan perbincangan diadakan dengan semangat tawaduk, rendah diri sambil menggutamakan kewajiban terhadap rakyat yang ingin bebas daripada pemerintahan Umno-BN.” ujarnya.

TAGS