Semenjak berita pengarah terkenal, Syamsul Yusoff berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, satu Malaysia ‘beremosi’ dan melemparkan rasa tidak puas hati kepada pasangan ini.
Bapa Ira Kazar, Kazar Saisi turut terkena tempias kecaman rakyat Malaysia kerana membenarkan anaknya ‘merampas’ kebahagiaan aktres Puteri Sarah Liyana.
Ibu Syamsul Yusof juga mengeluarkan kenyataan tidak akan menganggap keluarga Kazar sebagai besan mereka.
Susulan kontroversi dan kecaman yang diterimanya, Kazar dalam hantaran di Instagram memberitahu dia sudah penat dibuli.
Kazar meluahkan emosi itu dengan latar belakang hitam, namun, bertindak memadam entri terbabit, tidak lama kemudian.
Kapsyen mengiringi hantaran itu berbunyi:
“Rehat kejap. Penat kena buli.… Huhu , c u (see you) at some fine day (jumpa kamu suatu hari nanti).”
Sebelum ini, memetik mStar Online, Kazar yang kini sedang menjalani penggambaran enggan mengulas mengenai isu perkahwinan anaknya itu.
Baca juga: “Pak Anwar begitu cerdas”- Berucap di Indonesia, Anwar Ibrahim tuai pujian rakyat negara seberang