Satu Parlimen, tiga Dun calon AMANAH di Pulau Pinang pada PRU14

Satu Parlimen, tiga Dun calon AMANAH di Pulau Pinang pada PRU14

AMANAH bakal meletakan calonnya untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas dan tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di Permatang Pasir, Sungai Dua dan Bayan Lepas di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Keputusan agihan kerusi negeri ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat Saifuddin Abdullah pada sambutan ulang tahun ke-10 pemerintahan pembangkang di Pulau Pinang di hadapan ribuan rakyat yang hadir malam tadi.

Daripada 40 kerusi negeri DAP akan bertanding mempertahankan 19 kerusi iaitu di Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Prai, Jawi, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Air Putih, Air Itam, Seri Delima, Paya Terubong, Datuk Keramat, Batu Lancang, Sungai Pinang, Padang Lalang dan Berapit.

PKR akan mempertahankan 10 kerusi negeri miliknya dalam PRU13 lalu dan memperoleh empat lagi kerusi iaitu diPulau Betong di Balik Pulau, Pinang Tunggal di Kepala Batas, Telok Air Tawar di Tasek Gelugor and Sungai Acheh di Nibong Tebal.

PKR sebelum ini pernah bertanding di empat kerusi tersebut tetapi tidak pernah menang.

Bersatu akan meletakkan calonnya di Penaga dan Bertam di Kepala Batas, Permatang Berangan di Tasek Gelugor dan Teluk Bahang di Balik Pulau.

Pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 berdepan kesukaran kerana wujudnya pertindihan permohonan kerusi daripada Amanah, Bersatu dan PKR.

Sebanyak 13 kerusi Parlimen di negeri itu telah diselesaikan pada Januari lalu.

DAP akan mempertahankan tujuh kerusi dipegangnya- Bagan, Batu Kawan, Tanjung, Bukit Bendera, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bukit Mertajam.

PKR akan mempertahankan Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bayan Baru. Ia juga akan cuba merampas kembali Balik Pulau daripada BN.

Bersatu hanya memperoleh satu kerusi di Tasek Gelugor.

Turut hadir dua Timbalan Presiden PH AMANAH Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi PKR Negeri Datuk Mansor Othman, Pengerusi AMANAH Negeri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dan barisan kepimpinan kerajaan negeri dan barisan kepimpina tertinggi PH negeri.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS