Satu persembahan  amal jama’ie

Satu persembahan amal jama’ie

Kalau anda bertanya siapa tokoh-tokoh hebat dalam AMANAH; kami katakan kami tidak 

tonjolkan peribadi, kami utamakan Kepimpinan Jamaie (pasukan/team)

Kalau anda bertanya siapa paling alim dalam AMANAH, kami katakan kami utamakan
pasukan ulama yang sentiasa bermuzakarah sesama mereka. Yang penting hujah dan
Istinbat Hukum dan bukannya peribadi ulama’

Kalau anda bertanya di mana kedudukan ulama dalam AMANAH; kami katakan mereka tidak
perlu mentadbir atau mengurus, mereka mengikuti perbincangan dan duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi kerana menguruskan bumi perlu pelbagai IlMU, ALAT dan
KEMAHIRAN

Kalau anda bertanya siapa paling tinggi gaya kepimpinan dalam AMANAH, kami katakan
kami bersyura dengan tuntas dan berikan hak mengemukakan pandangan seluasnya kepada
setiap pimpinan

Kalau anda bertanya bagaimana ketaatan ahli-ahli AMANAH; kami katakan mereka
dilatih untuk berfikir ketika bersama kami. Mereka memberi teguran secara terbuka
sehingga tiada “paksaan” namun kasih sayang dan TSIQAH (TRUST) yang tinggi sesama
kami sentiasa subur

Semasa memimpin tidak terasa siapa paling alim, siapa paling petah, siapa paling
rajin, siapa paling bijak, siapa paling kacak…

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

CATEGORIES