Malaysia Dateline

Satu-satunya jenama terkemuka dunia yang menyokong Johnny Depp sejak awal

Selepas Johnny Depp berjaya memenangi kes saman terhadap bekas isterinya iaitu Amber Heard, syarikat wangian terkemuka terus mendapat perhatian dunia selepas dilaporkan menjadi satu-satunya syarikat global yang menyokong Depp.

Dilaporkan, biarpun ketika Depp berhadapan dengan fitnah sebagai kaki pukul, jenama wangian terkemuka iaitu Dior terus bersama dengan Depp dengan tidak menamatkan kontrak pelakon itu.

Depp yang menjadi duta untuk wangian Dior Sauvage itu membuatkan jutaan peminatnya tidak melepaskan peluang untuk membeli wangian tersebut sebagai tanda sokongan.

Memetik laporan dari Hey Discount, carian untuk wangian jenis Dior di Google telah meningkat kepada 48 peratus atau 1.2 juta pada April 2022 berbanding 823,000 pada Mac 2022.Video TikTok untuk Sauvage juga melonjak sebanyak 63 peratus sepanjang prosiding berjalan.

Terdahulu, keputusan juri mendapati bahawa Amber Heard bersalah kerana memfitnah bekas suaminya Johnny Depp dalam salah satu artikel yang disiarkan di The Washington Post pada 2018.