Banyak makanan yang anda boleh cuba ketika berkunjung ke Pulau Pinang, namun bagi orang Islam dituntut mencari makanan yang suci dan dijamin halal.
Baru-baru ini seorang influencer membuat konten review makanan di sebuah gerai cendol yang terkenal di Pulau Pinang.
Menerusi video terbabit, dapat dilihat gerai cendol terkenal dalam kalangan masyarakat tetapi status halalnya menjadi tanda tanya ramai orang. Malah, influencer itu juga dilihat sangat menikmati cendol di sana.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan status halal cendol yang dimakan ‘influencer’ itu. Malah, segelintir netizen yang merupakan orang Pulau Pinang mengatakan mereka tidak pernah makan di kedai terbabit walaupun ramai dakwa ia sedap.
Seorang pemilik akaun Facebook Azdy Mohd Arshad menzahirkan rasa sedih ada yang muat naik dalam FB dengan makan cendol dan laksa TeoChew di Jalan Penang.
Justeru dia menitipkan sedikit teguran dan nasihat serta mencadangan orang Islam membeli makanan di gerai atau kedai yang dijamin halal. Ini titipan beliau;
Kepada sahabat-sahabat yang datang bercuti ke Penang, maaflah kalau saya nak tegur sikit dan bagi cadangan.
Saya perhatikan sebelum ini ada di kalangan sahabat-sahabat yang datang Penang kemudian kongsikan dalam FB apa yang dimakan.
Agak menyedihkan bila ada yang muat naik dalam FB dengan makan cendol dan laksa TeoChew di Jalan Penang, curry mee dan macam-macam masakan yang dimasak oleh bukan Islam di Kedai Kopi Bee Hwa, Khuntai Restaurant, makan bihun goreng di kedai Auntie Taman Tun Sardon, minum kopi ais, ais kepai, rojak buah di sekitar kawasan Heritage, makan nasi lemak di Projek Nasi Lemak dan beberapa lagi.
Sangat menyedihkan bila saya tengok anak-anak kecil, ibu mengandung, warga emas turut menjamu masakan-masakan ini tanpa rasa bersalah.
Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa2-apa bila ibu bapa meyuapkan makanan kepada anak-anak ini dengan makanan yang status “halal” dan “suci” yang meragukan bila mana makanan tersebut disediakan oleh bukan Islam.
Nak cendol sedap boleh ja makan di ais tingkap chowrasta, Cendol Maklom di Pekan Darat Butterworth atau cendol durian di Sungai Ara.
Nak makan charketiau boleh ja makan di Sany Char Koay Teow di Bayan Baru, Char Koay Teaw Telur Ayam dibasuh di Sg Dua, Key’s Char Koay Teow di Bandar Perda BM, Sinar Bintang di Astaka Lorong Kulit (pagi) dan banyak lagi.
Kalau teringin makan laksa, boleh ja makan Laksa Mamu Sg. Pinang (sebelah mee mamak Afasia), Laksa Janggus di Balik Pulau, laksa di Medan Selera Pdg. Kota, laksa tempurung di Gertak Sanggul dan banyak lagi.
Nak makan nasi lemak, boleh pi makan nasi Lemak Liverpool di Batu Lanchang…
Kalau suka makan curry mee, curry mee Kak Arah di Jalan Sungai Pinang (bertentang bangunan JKP) pun ok jugak..
Nak koay teow sup atau koay teow th’ng boleh makan kat Sg. Ara (coner tepi SMK Sg. Ara), depan TNB Lorong Kulit atau Sri Buana di astaka Taman Tun Sardon…
Tak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam.
Saya bukannya rasis tapi sekadar menasihati saudara seIslam untuk mencari makanan yang dijamin “halal” dan “suci” serta tanpa “was-was”.
Kesian saya kat sahabat-sahabat yang datang dari jauh tiba-tiba makan makanan yang “shubahah”…
Kalau nak beli barang dengan penjual bukan Islam, silakan. Tak menjadi masalah kerana barang tersebut tak boleh jadi darah daging kita…
Tapi dalam bab makanan berhati-hatilah.
Kepada sapa yang terima teguran dan pandangan saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang kurang senang dengan tulisan saya ni, saya minta maaf.
Jangan marah ye. Sekurang-kurangnya saya dah menasihati saudara seIslam dengan saya dalam hal ini…
Baca juga: Hanya sebab duit, tiga lelaki dihukum mati kerana halang projek mega di Arab Saudi