Saya bukan tawar kepada Tun, saya minta Anwar masuk Kabinet, kata Khalid Samad
"Bukan saya tawarkan kepada Tun tetapi saya meminta Anwar berada dalam kabinet,” kata Khalid dalam sidang medianya hari ini.

Saya bukan tawar kepada Tun, saya minta Anwar masuk Kabinet, kata Khalid Samad

Khalid Samad menafikan beliau menawarkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memegang pelbagai jawatan selepas meletakkan jawapan perdana menteri tetapi apa yang dikatakan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim patut berada dalam kabinet dan memegang mana-mana jawatan.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH itu, apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini adalah beliau mencadangkan agar Anwar perlu berada dalam kabinet bagi mempastikan kesinambungan pentadbiran dari kabinet Dr Mahathir ke kabinet Anwar.

“Saya kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti berada dalam kebinet kerana beliau dilihat macam terasing dan tidak sebahagian dari team kita.

“Anwar boleh pegang jawatan Menteri pendidikan yang dikosongkan oleh Dr Mazlee, atau Menteri Kewangan ke atau Timbalan Perdana Menteri ke, itu boleh bincang.

“Bukan saya tawarkan kepada Tun tetapi saya meminta Anwar berada dalam kabinet,” kata Khalid dalam sidang medianya hari ini.

Ia bertujuan untuk memastikan keyakinan pelabur dikekal walaupun kerajaan selepas ini akan dipimpin oleh Anwar kerana beliau sudah berada dalam pasukan cabinet sebelum beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sehubungan dengan itu, Khalid mencabar sesiapa yang mendakwa beliau menawarkan jawatan kepada Tun Dr Mahathir dalam mesyuarat Majlis Presiden PH untuk tampil memperkenalkan diri untuk membolehkan beliau saman.

Khalid menjawab mesej yang tular di media social kononnya beliau menghina Tun Dr Mahathir apabila menawarkan pelbagai jawatan kepadanya asalkan Tun sedia untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar.