Saya, DAP kongsi matlamat sama singkir kerajaan kleptokrasi,kata Tun Mahathir

Saya, DAP kongsi matlamat sama singkir kerajaan kleptokrasi,kata Tun Mahathir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau bersama DAP kerana berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menyingkirkan kerajaan kleptokrasi.

Bagaimanapun, beliau yang yang juga bekas Perdana Menteri keempat itu berkata, kerjasama berkenaan tidak bermakna bahawa DAP memiliki dirinya seperti yang dituduh sesetengah pihak.

“Ya, saya bersama DAP tetapi DAP tidak memiliki saya. Kami berkongsi objektif yang sama untuk menyingkirkan kerajaan kleptokratik,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur seperti dilapor Roketkini.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan ulang tahun parti itu yang ke-71 semalam yang membidas bekas pemimpin Umno kini yang didakwa kononnya bersengkongkol dengan DAP.

Parti itu secara rasmi menganggotai Pakatan Harapan pada 20 Mac 2017 selepas Majlis Presiden gabungan itu bersetuju untuk menerima parti berkenaan.

COMMENTS

Wordpress (0)