Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Saya hanya temui perkataan khianat’

‘Saya hanya temui perkataan khianat’

AKMAL MANAFMarch 3, 2020 1:30 pm




“Saya cuba mencari perkataan sesuai kepada kerajaan pintu belakang dari sudut nilai perbuatannya. Saya hanya temui perkataan KHIANAT sebagai menepati fe’el tingkah laku mereka.”

Itu ayat yang dikeluarkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai melabel kepada pembentukan kerajaan pintu belakang, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerakusan mereka bertopengkan agama dan bangsa walaupun hakikatnya ia adalah kedengkian dan syahwat kuasa.

“Kehadiran Pakatan Harapan (PH) demi menyelamatkan Malaysia dari kancah rasuah dan salah guna kuasa, tiba-tiba mereka dari perasuah kembali melalui pintu belakang.

“Presiden Bersatu yang bersama PH menentang pemimpin yang terpalit dengan 1MDB dan kebisuan Umno, kini dengan selambanya membuka pintu belakang untuk gerombolan Umno masuk dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan! Beliau kini PM8 dari PPBM (Parti Pintu Belakang Malaysia).

“Mungkin kasar bunyinya (khianat), tetapi tiada yang lebih tepat digambarkan ke atas perakus kuasa yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah!,” bidasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menambah, Parti Islam yang singkatannya Pas pula sanggup bersengkongkol untuk memenuhi nafsu kuasa mereka walaupun dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“’Demi Islam’ katanya ataupun sebenarnya ‘Demi Kedengkian!’ Bersemburanlah nanti ayat quran dan hadis mempertahankan pengkhianatan mereka.

“Pengkhianatan tidak mungkin berakhir dengan penghujung yang gembira. Setiap detik pengkhianatan akan dibalas dengan perasaan bersalah, tidak ketentuan dan kepuraan. Kesannya kepada orang awam lebih besar, tiada stabiliti, sentiasa dikecam dan akan menerima tulahan rakyat.

“Ada orang jual barang sekali rugi sekali untung, ada orang jual maruah walau nampak untung tetapi sebenarnya dia rugi kerana nilainya sangat murah di sisi manusia yang memandangnya! Mazhab pintu belakang tidak terkecuali dari prinsip ini.

“Khianat pada diri sendiri adalah pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Mandat Rakyat adalah amanah yang dituntut oleh Allah dan RasulNya untuk dipelihara dan dipertahankan,” ujarnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production