Disebabkan konflik yang melanda keluarganya dan kelantangan suara menentang kakak sendiri, adik kepada Shila Amzah, sudah lali dengan kecaman dilemparkan.
Baru-baru ini tular video Syada Amzah menyanyikan lagu bahasa Arab, Kalam Eneih yang dikecam netizen.
Menurut Beautiful Nara, Syada menganggap netizen masih tak ‘move on’ dengan isu keluarganya.
“Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati, jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu.
Kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya,” ujar Syada.
Tambah Syada, dia mengambil setiap komen dan menggunakannya untuk perbaiki nyanyian sendiri.
“Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa. Kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya.
“Lagu tamil dan arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hari tapi bagi saya ia satu pujian,” katanya ketika ditemui media.
Usai isu keluarga yang masih tak reda, Syada melihat apa sahaja yang dilakukan olehnya akan menjadi perbualan netizen.
“Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi sebenarnya saya orang yang mudah buat kawan,” tambahnya.