Suami saya tak akan bersekongkol buat benda salah, kata Puan Sri Norainee

Suami saya tak akan bersekongkol buat benda salah, kata Puan Sri Norainee

 

“Saya tahu dan kenal suami saya dan dia tidak akan sekali-kali membuat sesuatu yang bukan di atas kerelaannya,” kata Puan Seri Norainee Abdul Rahman, isteri Tan Sri Muhyidin Yassin selepas suaminya dipecat dari Umno.

“Kalau salah, dia akan cakap terus terang namun untuk bersekongkol melakukan perbuatan yang jelas salah, itu bukanlah suami saya,” kata Norainee selepas suaminya dipecat dari UMNO oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu petang Jumaat lepas.

“Tak guna saya jadi ahli UMNO lagi kalau suami saya diperlakukan begini.”

Itu jawapan ringkas Puan Sri Norainee sambil menolak untuk ditemuramah.

Noraini sempat memberitahu apa yang dirasakan suaminya turut dirasainya.

“Kalau pedih hati suami saya, begitulah juga hati saya.

“Saya tak boleh nak kata apa-apa sebab keputusan telah dibuat oleh MT walaupun sukar untuk saya mempercayainya,” katanya kepada media sebagaimana dilaporkan oleh MalaysiaGazette petang semalam.

Jelas Noraini, segala pengorbanan suaminya sepanjang berpuluh tahun berjuang dalam UMNO tidak lagi dipandang oleh parti.

“Sebagai isteri, saya akan sentiasa berada di sisinya dan menyokong apa juga keputusan yang diambil untuk meneruskan karier politiknya.

Petang Jumaat lepas, MT membuat keputusan memecat keahlian Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO kerana telah melanggar disiplin parti dengan duduk satu pentas dengan pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan parti dan kerajaan.

Turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang turut menjadi sekutu Muhyiddin untuk menghentam kepimpinan UMNO digantung keahliannya sehingga siasatan Jawatankuasa Disiplin parti terhadapnya selesai.

COMMENTS

Wordpress (0)