Saya khadam rakyat, kata bakal calon Amanah

Saya khadam rakyat, kata bakal calon Amanah

Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan Khamis lalu menegaskan beliau merupakan khadam rakyat, bukan khadam DAP.

Ahmad Termizi berkata, beliau bersedia menjadi khadam rakyat untuk berbakti kepada masyarakat bagi menyelamatkan Malaysia.Pelancaran pejabat operasi DAP PRK Kuala Kangsar

“Secara peribadi saya tidak ada apa-apa kepentingan lagi. Dengan pencapaian saya yang agak baik selama ini, ssaya yakin kemudahan yang saya dapat adalah hasil daripada duit poket rakyat jadi sudah tibanya saya berbakti kepada masyarakat.

“Saya khadam rakyat, bukan khadam DAP. Khadam rakyat untuk berbakti dan memastikan negara ini dapat diselamatkan dengan sokongan dan bantuan rakyat,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Pusat Operasi DAP bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar di Jalan Taiping, Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga berkata, sebagai anak tempatan Kuala Kangsar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memenangkan Pakatan Harapan seterusnya berkhidmat kepada masyarakat di parlimen itu.

“Saya adalah anak tempatan. Kebetulan pejabat Amanah itu di Jalan Daeng Selili. Daeng Selili adalah datuk moyang saya.

“Selang sejalan Jalan Datuk Seri Maharaja Lela. Saya adalah keturunan yang ke enam daripada Datuk Seri Maharaja Lela.

“Jadi InsyaAllah darah pahlawan dan panglima yang mengalir dalam diri saya ini saya akan manfaatkan untuk menyelamtkan negara,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa Amanah.

Ahmad Termizi akan berhadapan dengan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Mohd Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas pada hari pembungan undi 18 Jun ini.

DAP siap sedia bantu Amanah
Sementara itu, Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata, parti itu sudah bersiap sedia membantu calon Amanah bagi memenangkan Pakatan Harapan di parlimen itu.

Pimpinan Pakatan Harapan Kuala Kangsar di majlis pelancaran pejabat operasi pilihan raya DAP“Tahun lepas sejarah tercipta dengan penubuhan Pakatan Harapan selepas terkuburnya Pakatan Rakyat selepas satu parti itu lebih suka menjadi penasihat kerajaan.

“Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil yang ditandingi Pakatan Harapan dan kami akan mencipta sejarah dengan memenangi pilihan raya kali ini.

“Ini bermaksud DAP sudah bersiap sedia menolong Amanah bagi menumbangkan BN dan jentera kami antaranya datang dari Teluk Intan, Lumut, Grik dan Kuala Kangsar sendiri bagi membantu kempen. Kami mahukan perubahan,” katanya yang juga Ketua Pemuda DAP.

Turut berucap ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Pengerusi DAP Perak Ngeh Ko Ham dan Laksamana Imran Abd Hamid dari PKR.

TAGS