Saya masih ahli Umno, tunggu dua hari lagi, kata Muhyiddin

Saya masih ahli Umno, tunggu dua hari lagi, kata Muhyiddin

 

 

 

 

 

 

Walaupun digantung jawatan Timbalan Presiden Umno , Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau masih lagi ahli Umno.

Walaupun digantung jawatan Timbalan Presiden Umno , Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau masih lagi ahli Umno.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas  tiba dari Ho Chi Minh , Vietnam petang tadi.

Ahli politik berusia 68 tahun itu yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, turut  memberi jaminan bahawa kesetiaannya kekal dengan parti politik tertua di negara ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan berikutan penggantungannya sebagai Timbalan Presiden Umno – keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno  selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn PWTC, Jumaat lalu.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan saya, kedudukan saya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dalam masa dua hari lagi,” kata Muhyiddin.

 

TAGS