Malaysia Dateline

Saya naik penerbangan komersial tak ada rombongan besar pun, kata Mujahid

Bekas Menteri Agama Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu beliau hanya menaiki penerbangan komersial ketika mengadakan trip rasmi ke Arab Saudi.

Mujahid turut berkongsi gambar kenangan ketika menaiki pesawat komersial bersama pegawai Tabung Haji dan dua pegawainya.

“Antara moment trip rasmi ke Saudi di Makkah dan di Riyadh dengan Menteri Agama dan Menteri Haji.

“Saya naik commercial flight dari Jeddah ke Riyadh, tidak ada rombongan besar, hanya TS Pengerusi TH dan dua pegawai saya,”ciapnya.

Mujahid turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Agama hari ini kerana diberi kemudahan tajaan menaiki jet peribadi ke sana.

“Tahniah menteri hari ni diberi kemudahan tajaan,” kata beliau.

Terdahulu tularnya video memperlihat Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad menaiki jet peribadi ke Riyadh, Arab Saudi.

Ramai yang mempertikaikan rombongan Menteri Agama berkenaan yang menaiki jet peribadi dalam keadaan negara yang diberitahu Tan Sri Muhyiddin bahawa kerajaan sudah tidak banyak wang.

Bagaimanapun, Zulkifli menafikan rombongan beliau dibayar oleh kerajaan sebaliknya ditaja sepenuhnya oleh Liga Dunia Muslim – sebuah NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.

Video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang sememangnya memiliki ciri-ciri jet korporat.