“Saya niat nak tolong mak je” – Elfira Loy kongsi cerita disebalik lakonan, rupanya dulu tak minat pun

Oleh MALAYSIADATELINE

Menjadi anak sulung pastinya memikul tanggungjawab besar apatah lagi selepas ibu bapa berpisah pastinya golongan ini akan berkorban demi menyenangkan kerja.

Dikenali kerana sudah mula berlakon sejak kecil, Elfira Loy yang kini manis bertudung terkenang kembali permulaannya dalam industri seni.

Jelasnya dalam bual bicara Wardah Heart to Heart with Dayah Bakar, dia sudah mula berada dalam industri sejak kecil lagi, namun lebih tertumpu kepada iklan sebelum berlakon dalam drama.

“El dah mula berlakon sejak kecil tapi selalunya ambil iklan, adik-adik saya yang mula berlakon. masa tu saya macam iklan lagi best.

“Lama-kelamaan saya pun mula berlakon, tapi bermula dengan teater dulu kemudian dapat tawaran berlakon dengan pelakon Indonesia, masa tu nama start naik untuk watak dewasa.

“Tapi walaupun sebenarnya nampak macam saya berlakon dah lama and tapi sebenarnya sekejap je. Sebab masa saya umur 21, saya dah mula pakai tudung dan masa 25 tahun dah kahwin,” kongsinya dalam audio siar bersama Dayah Bakar.

Berkongsi tentang kesusahan yang dialaminya, Elfira menitis air mata terkenang kisah dirinya dalam industri seni meskipun mengakui tidak pernah minat belakon.

“Kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong mak saya sahaja. Jadi orang ingat saya ni berlakon sebab saya suka tapi sebenarnya tidak.

“Masa pertama kali dapat bayaran selepas buat teater, saya macam oh duit ni boleh tolong mak saya walaupun saya tak suka berlakon.

“Saya ni introvert, saya sebenarnya takut dengan orang tapi disebabkan benda tu macam boleh menolong mak saya yang juga ibu tunggal.

“Saya dari dulu pendam perasaan sebab saya tahu kalau saya sedih mak saya akan dua kali ganda lebih sedih, sebab tu sampai sekarang saya banyak memendam,” kongsinya.

Baca juga: Perkahwinan baru Ina Naim pernah ditentang anak kedua, alasannya meruntun jiwa…