Malaysia Dateline

Saya okay jer…, kata Dr Hatta tangkis dakwaan dijangkiti COVID 19

Bekas Timbalan Menteri, Datuk Dr Hatta Ramli memberitahu beliau masih sihat, ketika dihubungi pagi tadi.

Setiausaha Agung AMANAH itu berkata, setakat ini beliau sihat dan tiada simtom yang boleh dikaitkan dengan jangkitan COVID-19.

“Saya okay je, Alhamdulillah,” katanya yang menjawab dakwaan beliau kemungkinan dijangkiti selepas dikatakan berada dalam satu majlis bersama Pengerusi UDA, Datuk Hisham Hamdan yang disahkan dijangkiti COVID-19.

Hari ini, media melaporkan, bekas Menteri, Datuk Seri Redzuan Yusof juga dikatakan duduk semeja bersama Hisham semasa majlis perpisahan bekas menteri berkenaan Khamis lalu.

Timbul juga kebimbangan apabila Dr Hatta turut dilihat berada dalam majlis itu bersama barisan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Ditanya sama ada sudah menjalani pemeriksaan kesihatan, beliau berkata:

“Semua orang akan terikat dengan peraturan yang sedia ada jikalau dijangka terlibat (dijangkiti),” katanya.

Walaubagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata semuanya bergantung kepada peraturan dan meminta seharusnya nama-nama individu tidak secara mudah dikaitkan dengan penyakit tersebut.