Saya pernah pujuk Najib jangan laksana GST, kata Mahathir

Saya pernah pujuk Najib jangan laksana GST, kata Mahathir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah merayu Datuk Seri Najib Razak agar jangan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetapi beliau tidak peduli.

“Saya rayu najib mengenai GST, tetapi dia tidak peduli kerana dia banyak hutang.  Sebab itu kita mesti jatuhkan Najib (kerana) dialah punca masalah yang dihadapi kita semua,” kata Mahathir ketika turut serta dalam perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau yang turut serta di tengah kepanasan cuaca di ibu kota akibat fenomena El Nino itu berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

Menurut Mahathir, sebelum ini Malaysia di dalam keadaan cukup baik tetapi sekarang ini, 600 pekerja Petronas termasuk beliau telah dibuang.

“Sayapun di buang juga,” katanya yang dipecat dari penasihat Petronas dengan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau bersyukur berayukur kerana rakyat sanggup berada dalam keadaan panas untuk menyatakan kepada kerajaan masalah yang dihadpai rakyat.   “Malangnya Najib pekak bisu. Bila ada tunjuk perasaan, dia akan tafsir orang Cina nak jatuhlan kerajaan Melayu.

“Tapi kini orang Melayu dan Cina pun ada,” katanya merujuk kepada perhimpunan hari ini yang disertai pelbagai kaum. Dalam himpunan Bersih 4, orang Cina yang paling ramai menyertai himpunan itu.

Mahathir mengajak semua rakyat Malaysia agar menandatangani Deklarasi Rakyat untuk mendesak Najib agar disingkirkan.

“Tolong tanda tangan deklarasi, jangan lupa supaya dapat kita hadapkan rintihan rakyat kepada Raja-raja Melayu kerana tanpa rakyat, raja tidak ada,” katanya.

Beliau juga berharap, himpunan ini tidak sia sia.

“Saya ucap terima kasih kepada semua, suara pun dah takda, umur pun 90 tahun lebih tetapi kerana rakyat saya datang juga,” kata Mahthir yang berucap di tengah panas di atas belakang lori itu.

TAGS