Malaysia Dateline

 ‘Saya ramai kawan, penyokong tetapi tiada seteru politik’

Datuk Zaid Ibrahim berpandangan beliau bersendirian apabila didakwa menghina Sultan Selangor sebaliknya ahli politik dalam Pakatan Harapan yang mengenalinya mengambil sikap mendiamkan diri terhadap serangan bertubi-tubi pemimpin Umno.

Beliau mentafsirkan sebagai satu ‘ruang hitam’ dikalangan ahli politik yang mana ia berbeza dengan rakan-rakannya di luar politik.

Zaid percaya Malaysia akan menjadi lebih baik apabila pemimpinnya tidak takut untuk melalui ‘ruang hitam’ itu.

“Sekarang saya tahu saya mempunyai ramai kawan dan penyokong cuma saya kekurangan sekutu politik.

“Saya tidak mendapat sebarang sokongan daripada ahli-ahli politik pembangkang,kecuali rakan saya Lim Lip Eng (Ahli Parlimen Segambut).

“Rakan-rakan saya di DAP tidak menegur saya atau bercakap sesuatu yang kurang baik mengenai subjek kontroversi ini. Mereka pasti telah mengalami ketidakselesaan kerana saya, dan saya faham mengapa sebahagian daripada mereka ingin menjauhkan diri daripada masalah ini.

“Saya menghargai mereka kerana memberi saya latitud untuk bercakap mengenai subjek yang saya anggap penting.

“Saya tidak salahkan pemimpin dalam Pakatan Harapan kerana mengambil sikap membisu mengenai isu ini.

“Di Malaysia ia seperti ‘ruang hitam’ atau taboo yang mana ahli politik takut untuk melaluinya, lebih-lebih lagi ketika hampir pilihan raya. Ianya dapat difahami dengan baik,” ujarnya dalam tulisan di blog hari ini.

Pada Selasa Zaid menerusi twitter berkata:”Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Ia sebagai kenyataan balas terhadap titah baginda dalam satu wawancara akhbar berbahasa Inggeris yang turut mengaitkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kenyataan mengenai bangsa Bugis baru-baru ini

Bagaimana pun twitt Zaid itu membangkitkan kemarahan pemimpin politik Umno, NGO dan rakyat Selangor yang mendesak bekas menteri undang-undang itu di Jabatan Perdana Menteri itu, menarik pernyataan dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Zaid enggan berbuat demikian sebaliknya menunggu pihak polis mengambil tindakan terhadapnya sekiranya ia benar-benar didapati melanggar mana-mana perundangan negara.

Semalam demontrasi BN, NGO dan rakyat Selangor telah diadakan di Shah Alam untuk menandakan sokongan mereka terhadap Sultan Selangor dan mendesak Zaid diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Mengenai tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos beliau menganggap Jamal hanya sebagai pelakon utama yang membuat ancaman untuk ‘menghentam’ kepalanya dengan tukul.

“Tapi mujurlah polis menangkapnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada timbalan perdana menteri kerana menyakinkan saya semasa pertemuan ringkas saya dengannya bahawa keselamatan saya terjamin.

“Dalam masa beberapa hari lagi saya menjangkakan akan dipanggil pihak polis ke Bukit Aman untuk menjawab beberapa soalan mengenai twitt saya yang menimbulkan kemarahan sebahagian rakyat.

“Saya juga menjangkakan akan diambil tindakan dibawa akta hasutan dan beberapa kesalahan lain. Saya memberi jaminan kepada polis bahawa saya akan memberikan kerjasama sepenuh dan menjawab soalan merka tentang apa yang saya tulis itu,” ujarnya.

“Sememangnya harapan saya bahawa saya tidak perlu meluangkan masa di loka atau berada dalam tahanan kerana saya baru puli hdarippada pembedahan prostat,” ujarnya.

Zaid turut menjawab kenyataan bekas seteru politiknya ketika berada dalam PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mempersoalkan komen Zaid yang mengundang kecaman Sultan.

Menteri besar Selangor itu sebelum ini berkata Zaid perlu menjelaskan komennya kepada rakyat.

“Dia sangat memahami sepenuhnya twit saya, keadaan dan konteks ianya dibuat. Beliau boleh turut serta dalam road show.Beliau seorang yang berani berbuat demikian yang mungkin akan dianggap menjatuhkan institusi Raja…itulah sebab mengapa tiada siapa yang keluar secara terbuka bercakap tentang isu ini,” kata Zaid.