“Saya sedia jaga anak-anak View Chin” – Mira

Oleh NASUHA RAHMAN

“Saya bersedia jaga anak-anak View Chin,” itulah kata-kata Amirah Aqilah Firdaus atau lebih mesra disapa Mira sebaik disoal oleh para netizen.

Pengakuan tersebut dibuat Mira menerusi siaran langsung di TikToknya baru-baru ini.

“Awak dah ready (sedia) kah nak jaga anak-anak Ah Moi,” tanya salah seorang pengikutnya pada sesi siaran langsung tersebut.

“Mestilah ready (sedia). Mira sudah bersedia dari awal,” balas Mira.

Pempengaruh media sosial itu sudah bersedia untuk menjaga anak-anak kepada kekasihnya, View Chin bersama bekas isterinya, Shermine Hau Ah Moi sekiranya mereka berkahwin kelak.

Ketika disoal mengenai adakah Mira sudah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi, dia berkata, tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.

“Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi,” jelasnya.

erdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya, dipeti Kosmo.

Baca juga: Dengan siapa Neelofa bergambar rapat bukan mahram pula tu? Netizen tegur isteri PU Haris