Hati seorang ibu remuk apabila anak gadis yang dihantar ke sekolah dengan penuh harapan pulang ke rumah bersama tangisan.
Menerusi pengalaman yang dikongsikan oleh seorang ibu di laman media sosial TikTok, anak gadisnya dipulau oleh rakan sekelas.
Wanita itu tidak menyangka anaknya bakal menerima layanan buruk di sekolah hanya kerana tidak fasih berbahasa Melayu.
“Awal pagi tadi gembira sangat, semangat nak sekolah. Balik petang nangis tersedu-sedu,” kata sang ibu turut bertanya punca anaknya menangis.
“Tiada siapa yang mahu berkawan dengan saya kerana saya bertutur di dalam bahasa Inggeris,” jawab anaknya dengan sebak.
Mengakui menyesal, wanita itu menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak memastikan anaknya fasih berbicara dalam bahasa ibunda.
Tular di media sosial, rata-rata pengguna memberi semangat kepada anak gadis itu untuk terus mempelajari bahasa Melayu.
“Bagi dia masa, kawan-kawan tu pun mungkin tak fasih berbahasa inggeris. Nanti lama-lama mesti dapat kawan tu,” komen seorang pengguna.
“Tak mengapa sayang, anda hebat! Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Belajar slow slow cakap melayu. Anda mesti boleh.” Kongsi pengguna lain.
Diharapkan perkongsian ibu tersebut dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menguasai bahasa ibunda.
Baca juga: Ada pihak ketiga dalam hubungan, ‘Saya ada bukti bergambar’ – Farid Kamil