‘Saya sudah maafkan Tun’, kata Anwar

‘Saya sudah maafkan Tun’, kata Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengangap krisis yang berlaku antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai cerita lama antara mereka.

“Itu cerita lama lah.

“Ada pemimpin tertinggi bertanya kepada saya, ‘Anwar, pandang saya dan beritahu anda sudah maafkannya (Tun Mahathir).

“Saya pandang dia, dan saya cakap, keutamaan saya adalah negara dan saya sudah maafkan Tun,” kata Anwar dalam sidang media kediamannya di Bukit Segambut, ketika ditanya sejauhmana keikhlasannya memafkan Perdana Menteri ke-7 itu.

Tambah Anwar lagi, Tun Mahathir telah membuktikan betapa katanya akan dikotakan, dan tiada sebab untuk terus bermusuh dengan mentornya itu.

“Beliau berjuang dan bersusah payah dengan satu niat mahu memulihkan negara. Malah beliau juga membantu dalam pembebasan saya.

“Jadi kenapa saya perlu menyimpan dendam?” tenang sahaja pertanyaan itu diluahkan.

Ditanya perancangan yang dibuat untuk kembali ke arena politik, Anwar berkata beliau tidak pernah meninggalkan bidang politik.

“Saya tak pernah tinggalkan politik. Ya, memang sebelum ini pembabitan saya terhad, tapi saya tidak pernah ke mana-mana,” katanya.