Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia sekali lagi menarik perhatian setelah memuat naik hantaran tidak sopan di sosial media miliknya.
Zii Jia menulis status itu di akaun Instagramnya sejurus gagal di peringkat awal dalam kejohanan badminton antarabangsa.
Bekas juara All England itu tersingkir di pusingan kedua dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jerman selepas tewas dengan seorang pemain tidak ternama.
Termasuk dengan kekalahan kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao, sudah empat kali pemain harapan negara itu gagal melangkah ke pusingan suku akhir.
Status diposting Zii Jia juga bagai memberi bayangan bahawa beliau telah berputus asa untuk terus berjuang memperbaiki prestasinya.
“Saya sudah selesai,” tulis Zii Jia selain turut menyematkan perkataan berbaur carutan bagi meluahkan kekecewaannya.
Prihatin dengan keadaan pemain yang berusia 24 tahun itu, Menteri Belia dan Sukan bakal mengadakan pertemuan empat mata dengannya.
Menurut Hannah Yeoh, pemain nombor empat dunia itu telah dihubungi dan bersetuju untuk mengadakan perjumpaan apabila pulang ke Malaysia.
“Saya mahu menyediakan infrastruktur sokongan untuk atlet kita. Beberapa perkara yang kita lihat ialah latihan media sosial dan latihan kekuatan mental.
“Saya mahu menunjukkan empati dan membantu mereka lebih baik. Saya tahu ada banyak ruang untuk diperbaiki, sebab itu saya mahu bertemu Zia Jia.” Katanya.
Baca juga: Kes tumbuk muka: Hafiz bakal didakwa, netizen mula pertikai perangai isteri