“Saya tak halalkan siapa guna nama untuk menipu” – Alif Satar berang gambar disunting beli ‘produk’

Oleh MAISARAH AISYA

Ini bukanlah kes pertama selebriti dikenali ramai digunakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan produk jualan mereka.

Sebelum ini selebriti media sosial, Khairul Aming turut terpalit kononnya dia membeli dan memiliki produk tersebut.

Kini yang menjadi mangsa suntingan atas talian adalah penyanyi, Alif Satar lapor Harian Metro.

Bagi pelakon ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini dia melihat tindakan pihak tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

Tambahnya gambar tersebut dilihat senang digunakan untuk menipu peminatnya untuk membeli produk sama.

“Saya rasa benda ini sangat tak beretika. Ini adalah menipu orang dan balasannya berdosa.

“Saya tak halalkan siapa yang menipu dan menggunakan nama Alif untuk tipu orang,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Ujarnya, pihak pengurusan Alif juga sudah meminta iklan dan hantaran tersebut dipadamkan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat itu gagal berbuat demikian.

“Sekiranya pihak mereka berdegil, akan ada tindakan undang-undang menyusul memandangkan, nama dan gambar Alif sudah didaftarkan dengan tanda dagangan (trademark),” katanya.

Ada banyak cara untuk mempromosi produk tanpa perlu menyunting gambar selebriti namun ia dilihat sebagai jalan pintas untuk menarik perhatian orang ramai.

Baca juga: Anak Sultan Brunei rupanya peminat Anna Jobling, tak sangka ini topik perbincangan ketika 2 jam bertemu