Malaysia Dateline

Saya tak nampak walau sekecil zarrah pun kesalahan Namewee…

1. Heboh dan marah habis kat pengarah filem warga Malaysia yang berbangsa Cina yang amat berbakat- Namewee- kerana terbitkan filem yang bertajuk “Babi” ( Khinzir).

2. Dan dah ada yang sudah buat laporan polis.

3. Saya sempat tonton video penjelasan dari Namewee. Bagi saya, penjelasan beliau adalah tersangat jelas dan teramat fair. Ya, ramai mungkin yang hukum beliau hanya kerana lihat dan baca tajuk serta poster filem tersebut sahaja yang dilihat mungkin bersifat provokatif. Justeru dengan sepantas kilat mereka “pass a verdict against him! “. Adilkah begitu? Itu ke caranya?

4. Saya boleh tulis lebih panjang insyaAllah untuk bela anak muda berbangsa Cina yang amat berbakat ini tapi saya rasa tak perlulah.

5. Orang putih kata “dont judge a book by its cover!“. Bagi saya, pepatah Inggeris itu adalah jawapan ringkas kepada mereka yang cuba nak eksploitasi isu ini tak tentu hala. Maaf, a poor delivery guys!

6. Sebagai mantan peguam, maaf, saya tak nampak walau sekecil zarrah pun kesalahan Namewee di sisi undang-undang (dalam kes ini).

7. Bagi saya, tak adil lah nak bebankan polis bagi habiskan masa, wang dan tenaga untuk siasat kes seperti ini. Anyway, mungkin mereka yang marah kepada Namewee tak sedar tindakan mereka itu hakikatnya menolong Namewee untuk dapat promosi percuma walaupun beliau kata beliau tak ada niat nak terbitkan filem beliau itu di dalam negara ini.

Bagi yang tuduh Namewee nak jatuhkan nama dan reputasi negara, jangan lah hina skandal 1MDB dan hina “Gomen Tebuk Atap” yang KHIANAT? Takkan yang itu hangpa nak kata harumkan nama negara?

Hangpa ni.. tak baik tauu!