Sehari dua ini penuh di media sosial dengan dakwaan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang dikatakan sudah bernikah di Thailand tahun lepas.
Mula tular portal tidak bertanggungjawab yang memuat naik cerita seolah-olah sudah menemu bual Abby hingga keluar kenyataan kononnya dia mahukan anak perempuannya untuk bercerai.
Satu portal atas talian mendakwa Abby dan bekas suaminya Norman meminta anaknya untuk bercerai dengan lelaki yang dikatakan sudah sah bergelar suami Marissa iaitu Aslam.
Bagaimanapun dakwaan tersebut disangkal oleh Abby menerusi story Instagram yang mendakwa dia sendiri tidak tahu akan kesahihan berita anaknya itu.
“Mana datang kenyataan ini? Saya tak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailan itu, macam mana kata saya suruh mereke bercerai pula.
“Tanpa rasa bersalah buat cerita tanpa kesahihan, kerja tiada etika ke macam mana? Muktamad saya sebagai ibu dari awal timbul isu ini tak pernah berla dan menangkan anak.
“Kalau betul berlaku seperti yang di gembar Allah adalah sebaik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak saya,” ujarnya di Instagram.
Pada masa sama Abbu mengingatkan para penulis portal boleh mengambil isu ini sebagai content perlu ingat semua itu akan dipertanggungjawabkan ke atas anda.
“Kepada portal atau sesiapa sahaja yang mengambil isu ini sebagai content, boleh terus menulis apa sahaja, tapi ingat semua akan dipertanggungjawabkan ok,” tambahnya.
Baca juga: Tahu suami kahwin lain sehari sebelum pulang umrah, ini reaksi madu Marissa Dania