Seorang pempengaruh dari Indonesia membuat permohonan maaf selepas mencampurkan jajan babi ke dalam makanan di restoran berstatus halal.
Video pempengaruh itu dimuat naik di Twitter @mediocrickey, yang meminta pemuda tersbeut menghormati kedai yang berstatus halal.
“Jangan campur yang halal dan tidak halal (makanan), harus menghormati premis makanan atau minuman yang ada sijil halal,” tulisnya dalam ciapan.
Video tersebut menunjukkan pemuda tersebut memasukkan keropok babi ke dalam bakso untuk menyedapkan lagi makanan yang di beli.
Disebabkan itu, warganet Indonesa mempersoal kebersihan pinggan mangkuk serta peralatan yang digunakan itu sudah dicemari dengan benda tidak halal.
Mengakui tidak mengetahui mengenai perkara tersebut, @joviadhiguna memuat naik permohonan maaf di Instagram.

“Jadi semalam ketika saya Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali, saya makan Bakso Afung, dan saya mencampurkan keropok babi yang dibeli di lapangan terbang itu juga.
“Saya betul-betul tak terfikir Bakso Afung itu halal dan saya tak boleh gabungkan makanan halal dan tak halal.
“Jadi saya ingin memohon maaf dari lubuk hati saya, kepada mereka yang berasa terkilan atau terganggu,” ujarnya dalam story Instagram.
Dalam kes ini, mungkin individu ini benar tidak tahu bahawa dia tidak boleh mencampurkan makanan tidak halal di restorang yang mempunyai sijil halal.
Ia pastinya tidak menjadi masalah jika ia berlaku di rumah, cuma tidak di kedai yang menjual makanan halal.
Baca juga: Demi duit TikToker buat kerja gila, rela cuci muka guna air jamban untuk dapat ‘gift’