Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Saya tak tahu mesyuarat Majlis Presiden PH bincang peralihan kuasa atau tidak’

‘Saya tak tahu mesyuarat Majlis Presiden PH bincang peralihan kuasa atau tidak’

BernamaFebruary 18, 2020 9:01 pm




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu sama ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat ini akan membincangkan isu berkaitan peralihan kuasa perdana menteri.

Pengerusi PH itu berkata beliau juga tidak akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat berkenaan.

“Saya akan menjadi pengerusi.., jadi kerusi,” katanya secara berseloroh kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir turut mengulangi janjinya sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.

“Saya kata saya bersedia bila-bila masa nak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan.

“Janji saya, saya akan letak jawatan, apa juga keputusan yang dibuat saya akan letak jawatan selepas mesyuarat APEC,” kata Dr Mahathir.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas dilaporkan berkata beliau cenderung agar Dr Mahathir menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak APEC dan perkara itu akan dimuktamadkan pada Jumaat ini.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production