Tanah perkuburan ini seharusnya menjadi tempat yang membuat manusia insaf namun masih ada orang sanggup berzina di kawasan terbuka seperti kubur.
Kejadian yang berlaku di Kabupaten Tangerang, Indonesia tular di media sosial selepas video penangkapan kekasih itu dimuat naik.
Pasangan tersebut ditangkap khalwat di sebuah tanah perkuburan Cina dan kedua-duanya dalam keadaan tidak memakai seluar ketika diserbu.
Malah wanita tersebut juga menangis teresak-esak dalam video kerana ketakutan selepas ditangkap bersama kekasihnya.
Menurut pengguna Instagram, @abouttngid, serbuan dilakukan selepas penduduk mencurigai kelakuan pasangan tersebut yang menuju ke kawasan perkuburan.
Dalam video tersebut jelas terlihat wanita tersebut menangis sambil menutup bahagian bawah badan dengan kain.
Dia juga merayu agar pihak berkuasa tidak memaklumkan hal tersebut kepada ibu bapanya.
“Jangan encik, saya takut bapa saya, bapa saya gangster,” ujarnya.
Si lelaki pula hanya menutup muka kerana malu apabila menyedari bahawa dia tidak sempat untuk sarung semula seluarnya.
Pihak polis kemudian membawa pasangan tersebut ke balai untuk disoal siasat namun tidak dapat dipastikan sama ada keluarga mereka dimaklumkan tentang penangkapan itu.
Baca juga: Tak ada duit nak beli komputer, 3 remaja sanggup culik rakan sekolah untuk minta wang tebusan