Malaysia Dateline

Saya tegaskan kenyataan ini adalah fitnah, kata Maszlee

Selepas Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik membenarkan pelajar memakai kasut sekolah
bewarna hitam bermula tahun hadapan pelbagai cerita timbul di sebalik kenyataannya itu.

“Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan poster dan saya ingin menegaskan
bahawa kenyataan ini adalah fitnah,”tulis beliau di Facebooknya.

Di poster tersebut memberitahu kasut hitam murid hendaklah dibeli dari jenama yang disyorkan
kerajaan dan sepuluh peratus bagi setiap pembelian akan disumbangkan ke Tabung Harapan Negara
bagi membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali
rakaman program Bicara Minda di Sinar Online,” katanya.

Semalam Maszlee mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

Usaha ini mengambil kira ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai
kasut putih.