Saya terpaksa kecewakan Najib sebab saya tidak mungkin bersara sepenuhnya dari politik

Oleh KIM SYAZIE

Saya tidak akan berdebat dengan Najib yang sepatutnya sudah menghilangkan dirinya dari arena politik Malaysia selepas mengubah Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi

Seorang bekas perdana menteri mahu saya untuk bersara sepenuhnya dari politik Malaysia selepas saya mengumumkan persaraan saya dalam Kongres DAP pada 20 Mac 2022.

Malangnya, saya terpaksa mengecewakan dia kerana saya hanyalah bersara dari politik kompetitif dan memilih untuk tidak bertanding untuk apa-apa jawatan di dalam atau di luar parti termasuklah dalam mana-mana pilihan raya Parlimen dan negeri.

Tetapi tidak mungkin untuk saya bersara sepenuhnya dari politik kerana politik memberikan kesan kepada setiap aspek kehidupan harian seseorang itu.

Ada dua juta rakyat Malaysia yang berusia di atas 65 tahun dan tiga juta rakyat Malaysia yang berusia di antara 55 ke 64 tahun.

Saya benar-benar percaya yang lima juta rakyat warga emas ini mempunyai peranan untuk menyokong golongan muda untuk merealisasikan Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Saya ingin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, kerana menawarkan dirinya untuk menggantikan saya untuk berdebat dengan bekas perdana menteri tersebut.

Saya telah memilih untuk tidak terlibat dalam politik sebegini lagi tetapi apa yang lebih penting saya tidak akan berdebat dengan Najib Razak.

Kerana perkara yang terbaik yang dia boleh lakukan sekiranya dia benar-benar sayangkan Malaysia adalah untuk hilang terus dari arena politik Malaysia selepas membawa malu dan mencemarkan nama negara sebagai sebuah kleptokrasi semasa pemerintahannya sebelum ini.

Dia hanya akan membawa lebih banyak malu kepada nama negara dengan mengatakan yang dia bangga dengan kleptokrasi Malaysia di dunia.

Saya tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa ruang kepada bekas perdana menteri ini yang hanya akan digunakan untuk meningkatkan kredibilti dan kepercayaan yang kononnya tidak ada salahnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi.

Saya ingin berterima kasih kepada penduduk di Bukit Mertajam dan rakyat Malaysia untuk sokongan dan kerjasama anda semua dalam enam dekad yang untuk berjuang demi Impian Malaysia.

Saya telah berfikir, bukan sahaja mengenai keadaan semasa Malaysia, tetapi juga mengenai masa hadapan, bagaimanakah rupa negara kita ini menjelang ulang tahun ke-100 kelak.

Saya tidak akan ada lagi pada waktu itu, tetapi kita semua bertanggungjawab mengenai perkara ini, kerana kita semua adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan mahukan sebuah Malaysia yang lebih baik dan lebih maju untuk anak-anak kita dan cucu-cucu kita.

Adakah Malaysia akan menjadi suatu lagi kisah seperti Sri Lanka, Filipina, atau Lubnan?

Dalam setengah dekad yang lepas, Malaysia hampir menjadi sebuah Harimau ekonomi, tetapi kita mengambil langkah yang salah dalam dasar-dasar pembangunan negara bangsa kita dan kini ditinggalkan bukan sahaja di belakang empat Harimau ekonomi Asia – Taiwan, Singapura, Korea Selatan, dan Hong Kong – dan juga ditinggalkan di belakang Vietnam dan kini berhadapan dengan risiko dipintas oleh negara-negara lain.

Kita berhadapan dengan risiko untuk menjadi negara yang paling korup di Asia.

Dalam penerbitan pertama Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada tahun 1995, Malaysia merupakan negara Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang paling kurang korup, menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara, manakala sebuah lagi negara OIC, Indonesia, adalah yang paling korup – di tempat ke-41 daripada 41 negara, malah lebih korup daripada China, yang menduduki tempat ke-40.

Hari ini, empat negara OIC – UAE (kedudukan ke-24), Qatar (31) Brunei (35), Arab Saudi (52) – telah mengatasi Malaysia (62) dan dari trajektori sedia ada, kita mungkin akan ditinggalkan di belakang China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam TI CPI 2030.

Sekiranya kita hendak kembali menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, kita perlu kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa yang dipersetujui oleh bapa penubuhan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan: Monarki berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, hormat kepada hak asasi manusia dan perpaduan masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya.

Kita telah sesat jauh dalam usaha pembangunan negara bangsa kita sehingga kita kini mempunyai menteri Kabinet yang tidak menerima prinsip asas pembangunan negara bangsa yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – baik kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa, tadbir urus yang baik, atau Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

Baru-baru ini, seorang pemimpin Melayu Malaysia bertanya: “Adakah selepas diberikan pelbagai tongkat, kesannya hanya menjadikan orang Melayu lemah dan tidak berkeyakinan dan yang paling ketara sekali, kurang berdaya tahan?

Apakah perkara yang telah membawa kepada kekurangan keyakinan ini? Kelihatan seperti apabila orang Melayu berhadapan dengan cabaran yang nyata, seperti memperjuangkan kemerdekaan kita, ketahanan kita jauh lebih tinggi.

“Dengan peningkatan kesenangan, keselesaan, dan kualiti hidup, kelihatan seperti keyakinan dan ketahanan berkurang. Pemerhatian ini memerlukan kita untuk muhasabah diri – bukannya untuk bergaduh dengan mereka yang dianggap musuh, kita perlu melihat ke dalam dan cuba untuk menambah baik diri kita dan bukannya menyalahkan orang lain. Kita kelihatan seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.”

Beliau katakan “pilihannya di tangan rakyat Malaysia” – nak duduk macam katak di bawah tempurung, atau untuk menjadi suatu kuasa yang dihormati dalam konteks agenda nasional, Malaysia Baru, atau untuk mengikut langkah yang sedia ada?

Beliau tanyakah: “Adakah kita mengumumkan suatu naratif yang sempit, yang hanya berkisar kepada diri kita? Atau kita kejar Naratif Nasional atau Naratif Malaysia, yang mana kita sertai dengan peranan yang aktif?

“Agenda Nasional ini bukanlah agenda Melayu atau agenda bukan-Melayu. Ia adalah Agenda Malaysia, yang mengambil kira kepentingan semua rakyat Malaysia. Agenda yang melawan kemiskinan dan ketidaksamaan tanpa diskriminasi, dengan menghormati Perlembagaan.”

Inilah cabaran yang dihadapi rakyat malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang perlu diadakan dalam masa setahun yang akan datang ini, sama ada tahun ini atau tahun hadapan.

Malaysia perlu kembali semula kepada prinsip asas pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara sekiranya kita tidak mahu menjadi sebuah negara gagal.