‘Saya tidak akan mohon maaf, jika dia mahu saman teruskan’

‘Saya tidak akan mohon maaf, jika dia mahu saman teruskan’

P.Waytha Moorty

Datuk Ibrahim Ali enggan menarik balik tuduhan yang dibuatnya terhadap Menteri di Jabatan Perdan Menteri P. Waytha Moorty yang memberi amaran kepadanya dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana memfitnah.

“Saya tidak akan memohon maaf. Jika dia mahu menyaman, teruskan. Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya, “katanya seperti dilapor FMT.

Terdahulu, Waytha, yang bertanggungjawab terhadap  portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, memberi kata dua kepada Ibrahim dan Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, tempoh masa 24 jam untuk menarik balik kenyataan “pelbagai palsu dan fitnah” yang mendakwa beliau telah menghina masyarakat Melayu dan Islam .

Jika mereka gagal berbuat demikian, beliau berkata akan menyaman mereka kerana fitnah.

“Tuduhan liar dan ucapan benci oleh dua pemimpin ini akan membangkitkan rakyat untuk menghadiri perhimpunan anti-ICERD yang diatur Pas Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan, merujuk kepada Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Ras.

Waytha berkata penyataan oleh Ibrahim dan Tajuddin tidak sesuai di negara berbilang kaum, agama dan multi-budaya seperti Malaysia.

Hari ini, Ibrahim menuntut Waytha menarik balik tuntutannya bahawa polis lambat tiba di tempat kejadian rusuhan di Kuil Sri Mariamman pada 26 November.

“Dia tidak pernah memohon maaf kepada polis kerana ini walaupun dia memuji mereka dan itulah sebabnya saya katakan dia tidak bertanggungjawab.”

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau menyerahkan mahkamah membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Saya mempunyai seorang peguam dan dia gembira untuk mempertahankan saya.” ujar Ibrahim lagi.