Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Saya tidak akan pegang jawatan melebihi tiga tahun’

‘Saya tidak akan pegang jawatan melebihi tiga tahun’

BernamaJune 24, 2019 3:22 pm




Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata  beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun.

Menurut stesen berita CNBC, perdana menteri berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.

Ketika ditanya pembaca berita CNBC Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia “menyelesaikan masalah (hutang) ini” sungguhpun selepas beliau berundur.

“Saya akan menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak mahu terus memegang jawatan ini,” kata perdana menteri.

“Bagi saya, saya sudah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menggantikan saya,” kata Dr Mahathir.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production