Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Saya tidak dapat maafkan Yusoff Rawther’

‘Saya tidak dapat maafkan Yusoff Rawther’

MALAYSIADATELINEJanuary 14, 2020 9:31 pm




Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat memaafkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther atas dakwaan serangan seksual terhadapnya.

“Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semborono dan menghina terhadap saya.

“Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan,” tulisnya di Twitter malam ini seperti dipetik  FMT.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara mengumumkan kes berhubung tuduhan serangan seksual ke atas Anwar ditutup.

Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek dilaporkan berkata, terdapat percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong pendakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau seksyen lain di bawah kanun sama.

“Kami juga mendapati tidak cukup bukti untuk membuat pertuduhan mengenai laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan yang ada dalam kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Jabatan Peguam Negara.

“Saya turut ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa atas profesionalisme yang ditonjolkan.”

Yusoff dalam akuan berkanun bertarikh 19 Nov tahun lalu berkata, beliau menolak cubaan Anwar mencabul kehormatannya di rumah ahli Parlimen Port Dickson itu pada 2 Okt 2018.

Anwar menolak dakwaan Yusoff dengan berkata, ia adalah cubaan untuk mencemarkan reputasinya dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap cucu aktivis pengguna terkenal, SM Mohamed Idris.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production