Minyak masak yang baru sekali dua diguna tentu sayang sekali dibuang begitu sahaja. Namun, menyimpannya untuk diulang guna juga tentu sekali kita tidak mahu sisa makanan gorengan sebelum itu berada dalam minyak itu.
Apa kata cuba tips diberikan Richard ini dengan menggunakan bahan mudah sahaja. Campurkan tepung ubi dengan sedikit air dalam sebekas mangkuk dan kacau.
Kemudian, panaskan minyak masak yang hendak dibersihkan.
Tuang campuran tepung ubi dengan air tadi semasa minyak sedang panas. Campuran tepung itu tadi akan menyerap semua sisa kotor dalam minyak.
Nah, sekarang minyak boleh diguna kembali tanpa ada lagi sisa kotoran.