Sayang pucuk pimpinan lama Pas dorong Wak Doyok sertai AMANAH

Sayang pucuk pimpinan lama Pas dorong Wak Doyok sertai AMANAH

Selebriti bermisai lentik dan berjambang, Wak Doyok telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada minggu lalu.

Beliau pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor telah menyerahkan borang keahliannya di pejabat cawangan baru Seksyen 13 Shah Alam.

Katanya,tiada perkara pelik jika dia mendaftarkan dirinya sebagai ahli AMANAH kerana ini adalah negara demokrasi.

“Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.

“Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan.

“Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi,” katanya dipetik Malaysiakini.

Untuk rekod, Wak Doyok, 38, mengaku dia menjadi anggota PAS sejak 1998 sebelum menandatangani borang keahlian AMANAH pada minggu lalu.

Mengulas lanjut apa yang menarik minatnya menyertai AMANAH, Wak Doyok berkata dia menyokong kepimpinan lama parti itu yang dulu pernah menganggotai jawatankuasa PAS.

“Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli Ahmad.

Namun, sekiranya penyertaan beliau dalam AMANAH sudah diterima secara rasmi, Wak Doyok memasang harapan untuk bergiat aktif menjalankan misi-misi membabitkan golongan belia.

“Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu, kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan,” katanya.

 

 

 

7.0
OVERALL SCORE
4 user votes x 8.8
CATEGORIES