‘Sayangi Malaysiaku’ satukan rakyat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2018

‘Sayangi Malaysiaku’ satukan rakyat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2018

Kemuncak Sambutan Hari Kemerdekaan berlansung meriah dengan kehadiran dianggarkan 300,000 pengunjung telah hadir seawal jam 5 pagi tadi untuk menyaksikan sendiri acara tahunan terbesar sambutan kemerdekaan negara

Pemilihan lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan  ke-61 ini di Dataran Putrajaya  adalah kali ketiga diadakan  (2003,2005,2018) ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat dan menjadi Perdana Menteri ke-7 selepas Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baharu sejak 9 Mei 2018 lalu.

Hari ini dengan pembabitan 12,295 peserta daripada 4 kontinjen utama yang mewakili pelbagai peringkat perjawatan awam dari agensi kerajaan, sektor swasta dan pelajar sekolah memeriahkan lagi suasana sambutan diadakan.

Koordinasi pelaksanaan Hari Kebangsaan 2018 kali ini di Pengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Sigh Deo.

Bagi Acara Perbarisan dan Perarakan kerjasama antara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Manakala garapan dan meyelarasan persembahan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V perkenan mencemar duli untuk bersama rakyat menyambut sambutan hari kemerdekaan hari ini yang tiba pada jam 8.15 pagi ini.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu keramat ‘Negaraku’ dan menaikkan Jalur Gemilang disusuli Pembacaan Ikrar diketuai oleh Muhammad Aiman Shafiq Mohd Shah Noor Yong dari Putera Maktab Tentera DiRaja,Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Turut mengiringi bacaan Ikrar 78 pelajar daripada empat buah sekolah menengah dari Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Selangor

Baginda kemudiannya telah memeriksa Kawalan Kehormat Utama sebelum acara berlansung pagi ini.

Turut berada di pentas utama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah dan barisan menteri kabinet bagi menyaksikan perarakan dan persembahan peserta yang mengambil bahagian pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 kali ini.

Pertunjukan dimulakan dengan persembahan udara apabila lima buah helikopter iaitu dua EC 725 AP dan sebuah Sikorsky S61A-4 Nuri, masing-masing milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah Augusta 109 milik Tentera Darat Malaysia (TDM) dan sebuah Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat lintas hormat kepada Seri Paduka.

Tembakan kehormatan 14 das, simbolik kepada 14 negeri di Malaysia, yang dilaksanakan 41  Istiadat Rejimen Artileri Diraja, mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang ketika nyanyian lagu Negaraku diperdengarkan.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS