Sayonara politik perkauman!

Mohamed Hanipa Maidin

Jika ada suara-suara yang mungkin cuba bawa isu perkauman tentang pelantikan sahabat baik saya YB Bagan, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, saya hanya nak kata – politik perkauman tiada tempat dalam kerajaan baru PH insyaAllah.

Saya totally percaya kepada wisdom Tun. He is there as PM not for jawatan, pangkat, kuasa dan lain-lain. Sebaliknya, beliau di situ untuk kita semua – all Malaysians tanpa kira bangsa, keturunan dan agama.

YB Bagan dilantik solely on (hanya kerana) merit. Beliau layak kerana capable (mampu), berintegriti tinggi dan berwibawa. Ya, dia Cina dan bukan Melayu/Islam..so what?

Bukankah dia Cina kerana ketentuan Allah… bukan pilihan beliau.

Sebelum ini , Menteri Kewangan negara ini seorang Melayu/Muslim dan kerap disokong oleh puak agamawan tu..lihatlah kerosakkan teruk yang dia telah lakukan. Ehem dia Melayu tau!

Sayonara dan ma’ salamah (goodbye) politik perkauman..you are history!

Allah lebih tahu.

CATEGORIES
TAGS