Pastinya banyak golongan suri rumah yang mencari tip untuk memastikan sayur tidak cepat layu apabila di simpan dalam peti ais.
Selalunya jika disimpan dala peti ais, dalam masa seminggu sahaja dah kena masak semua sayur jika tidak ia akan layu.
Pengguna media sosial, Noor Hafiza Mohamad berkongsi tujuh cara menyimpan sayur.
Petua ini dikatakan boleh membantu para ibu menyimpan sayuran kekal segar selama satu ke empat minggu dalam peti sejuk.
Selain sayuran ini, kaedah untuk menyimpan sayur lain adalah tidak sama jadi jika tip tak berjaya mungkin kerana ia adalah berbeza.
“Saya lebih suka gunakan bekas untuk menyimpan sayur sebab ia lebih kemas, senang nak cuci dan keringkan, senang nak susun dalam peti ais dan tidak terlalu padat.”
Ini dia 7 tips simpan beberapa jenis sayur di rumah:
- Simpan tomato, limau, lobak merah, timun, brokoli, bunga kubis, kubis dalam bekas kedap udara berasingan
- Lapik dalam bekas dengan tisu dapur (untuk menyerap lebihan air)
- Tambahan, letak seulas bawang putih (sebagai anti kulat)
- Gunakan bekas tinggi (bekas spagetti) untuk simpan serai, daun sup, daun bawang. Masukkan air paras akar dan tutup bekas.
- Buang tangkai cili padi dan asingkan cili merah hijau. Keluarkan cili telah rosak.
- Potong lengkuas untuk sekali guna dan rendam dalam bekas bertutup. Sebaiknya, guna air penapis dan salin air setiap kali selepas ambil lengkuas.
- Kunyit dan halia simpan dalam bekas bertutup tanpa air.
Mana tahu jenis ibu-ibu yang suka beli sayuran secara banyak boleh guna tip ini jadi tak perlu buang sayuran lebihan yang sudah layu.
Baca juga: Treler bawa buaya dan harimau kemalangan di lebuhraya, habis terlepas